Saturday, March 17, 2012

Kesilapan ~

       Entah dari pangkal mana harus aku mulakan entry nie .. Hemmmm pasrah dan redha ; redha : ikhlas , pasrah : berserah diri . Hari nie semua serba tak kena . Memang kalau manusia tu , berhadapan dengan suatu musibah , pasti akan menyalahkan environmnt kan ? Contohnya hari nie ,, purse mak hilang . Mak perasan purse tu hilang time kami dalam kedai buku Mubaruk kat Ipoh . This is not the first time purse mak hilang . Selalu gak macam nie , kelam kabut cari tapi last2 jumpa jugak . Kadang2 tertinggal kat rumah , kadang2 mmg ada la dkt celah2 kereta or apa2 pun . But this time , for the first time , it real missing . That day sebenarnya kami satu family otw nak hantar kakak aku yg first dgn yg third tu pegi KTM , (memandangkan cuti sekolah lagi sehari nak habis) . Then bila dah melalau2 cari purse tu kat parking kereta and dah geledah2 kereta smpai bawak seat , semua orang duduk balik dlm kereta dan tidak semena keadaan menjadi tegang setegang2nya dan sunyi sesunyi2nya . Seperti ada malaikat yang sedang melintasi . Part nie yang paling aku tak suka sbb aku mmg bising kalau dlm kereta (kereta dgn family jela) . Then abah naik angin , membebel bebel bebel bebel and semua diam . Lepas 15minit tu , kami hantar kakak2 aku g KTM jgk dengan suasana yang agak hambar ( tak macam selalu , kalau hantar dorang mesti gelak bdekah2 , peluk2 dulu , cuit2 dulu , buat lawak dulu , satu family berduet lagu dalam kereta dulu ) but not for this horrible time . 
         Lepas dah selamat dorang sampai kat KTM tu , aku , abah , mak , and kakak aku yang second tu pun balik (tak hantar pun dorang sampai dlm train mcm slalu . sob3) . Dalam perjalanan nak balik tu , aku diam membungkam seribu bahasa , aku mmg macam nie . kalau dah satu perkara buat mood aku hilang , satu patah perkataan pun tak terasa nak keluar dari mulut . Sehinggakan bentuk mulut aku yang slalu macam ni ---> : ) teros jadi macam ni ---> : | , untuk perjalanan yang mengambil masa 45minit tu tanpa senyuman , sangat meletihkan aku dan mematikan semua kegirangan aku . Sambil melemparkan pandangan kosong keluar cermin tingkap kereta ,  kepala aku berceramuk dengan soalan2 yang otak aku sendiri tak dapat nak tafsirkan ,, contohnya ; kalau lah kakak2 aku tak balik hari tu , mesti semua nie tak kan terjadi , kalau lah mak tak singgah kedai runcit beli susu nespray untuk kakak aku makan dengan oat for breakfast (=,=) mesti semua nie tak kan terjadi , kalau lah lah kami tak singgah kedai buku yang memakan masa 30minit untuk mencari buku dan bila nak bayar pakai baucar , cashier ckp takleh pakai sbb cop kolej dah pudar (=_=") mesti semua nie tak kan terjadi , dan kalau lah abah tak ubah parking kereta depan kedai buku tu , mesti purse tu masih boleh diselamatkan lg sbb daripada analisa aku sendiri telah mendapati purse tu jatuh masa mak turun dari kereta untuk masuk ke kedai buku berkenaan . Haishhhh ~ ye memang begitu banyak KALAU . 
           The conclusion is , inilah realiti seorang insan yang tak boleh lari dari sifat menyalahkan dan dipersalahkan . Kita hidup mmg macam nie . Ibarat recycle , kalau kita tak buat benda tu mesti tak kan terjadi benda nie . Kalau kita buat pulak benda nie, mesti akan terjadi benda tu . Tapi bila kita dah menyedari yang kita telah tersilap langkah , kita tak kan dapat mengundurkannya kembali kerana masa itu tidak boleh berpatah balik . Kita sebagai manusia yang lemah hanya mampu bertawakal dan berserah kepada yang Esa dan seterusnya menerima qada' dan qadar nya dengan tenang dan sabar . Insyallah ^^

No comments:

Post a Comment