Monday, December 31, 2012

Pengorbanan ~

       Mungkin aku yang terlalu tamak ... Ingin memiliki dia walhal aku tahu aku tak kan pernah mampu berbuat begitu ... Aku tahu dia seorang insan yang pernah dilukai . Dan jika diberi peluang , amat berbesar hati ini sekirannya dapat menjadi pembalut bagi lukanya secara rasmi . Tapi apa kan daya badan , didalam sejenak jiwa ini .. Tersimpan sejuta rahsia . Sejuta keinginan dan impian yang membara . Aku terlalu takut untuk memberikan komitmen kepada perkara-perkara seperti itu . Sehingga satu tahap ... Aku menyakiti .. Bukan aku tiada perasaan mahupun hati , tetapi mengertilah wahai kekasih , impian dan cita-citaku ini melebihi segalanya .... Aku lemah .. Tidak mampu menjadi seorang peneman yang sempurna disisimu .. Terpaksa memilih antara dua antara kamu dan dia(impian) . Terlalu berat untuk aku memilih dan melepaskan . Aku hanyalah manusia biasa , hanya mampu membuat suatu perkara didalam suatu masa . Bukan kehendakku untuk mengguris perasaanmu .... Terlalu banyak khilaf diri ini untuk diungkapkan . Aku redha .. Sekiranya sudah ditetapkan kamu adalah jodohku, maka berjumpalah kita dilain hari .. Jika sudah tertulis kamu bukan untukku , satu sahaja ... Aku berharap kamu akan menemui wanita yang lebih sempurna yang bisa membahagiakan mu serta menjadi bidadari bagimu didunia yang fana ini serta di akhirat yang kekal itu .. Tidak akan pernah mati memori indah ini dibenak fikiran ku sehingga akhir nafas sekalipun .. Itu janjiku padamu ..

No comments:

Post a Comment