Tuesday, October 28, 2014

Sakit :)

*Breath in* Assalamualaikum to all those who read my cebisan buruk. I'm not in a good condition. My body is weak. 3 days ago after me and my batch safely landed in Malaysia from Ho Chi Minh, i had a very very bad fever. I feel like i'm gonna die tho. Luckily I had my first class treatment from mom. Love you love you love u with all my heart. Last night before I fell into sleep, i wondered if I'd meant to die this soon, will anyone will care for me? will you cry for me? will u miss me? It broke my heart to think about it. Because i'm kind of annoying person. I wish i could return to the time where i was born and fixed everything. Lot of love, deeya :]

Thursday, November 14, 2013

Sticky~

12:09 AM . Tiba-tiba teringat kat blog usang lagi jarang di-update nie . Hmm apa aku nak merepek malam nie ea . Hmmm . Sebenarnya banyak benda yang meronta-ronta dalam kepala otak aku nie . Sampai aku tak tau nak mula dari sebelah mana dulu . Yahh bercakap pasal sebelah mana , aku nak sentuh pasal apa yang aku dah post sebelum nie , pasal kawan aku . Sahabat yang telah aku kecewakan . Dia tak give-up lagi dengan aku . Nak balas message dia , aku rasa bersalah . Aigoo tak tau lah aku nie . Tak tau apa yang tak kena ( geget jari ) ................ Aku kan . Aku nie bertuah sangat . Selalu ada orang yang akan berdiri sebelah aku . Walaupun orang tu tak kan kekal disisi aku . Selalu bertukar-tukar . I am not kind of person than will stick with another for a long time , well , a years maximum . Aku ada bestfriend , aku rasa lah . Ish entah lah . Hidup aku nie mesti kena ada gu , hidup aku lah . Tapi , once aku rapat dengan someone , i will just stick with it for a period time . Eh tapi aku sayang taw kawan-kawan aku . Bukan semua kenalan , aku anggap kawan . And bukan semua kawan , aku anggap sahabat . Ahh ignore it . It just myself . Ada certain yang aku kenal tu , blacklist . You may not knew if u're on it .

Cebisan~

Fuhhhh fuhhhhhhhhhhh ~ berhabuk blog nie. Dah lama sangat aku tak bukak. Almaklumlah, sibuk dengan usaha untuk mendapatkan segulung diploma. Hehehehe. Haihhh, tengok baru mula nak menaip dah mengeluh. 14 November 2013, aku sedang mengambil paper final untuk sem nie, sem 3. Baru 3 paper habis. Dulu aku selalu tertanya-tanya apa benda yang akan jadi masa sem 3 nie. Yess dya, now kau dah nak habis sem 3, macam-macam dah jadi kan? Sedih, kecewa, marah, kosong. Ahhaa. Kadang-kadang tak tahan dengan pressure hidup nie. Tapi tetap beristighfar... Aku pasti yang maha esa ada jalan nya untuk aku tujui. Sekarang aku dah tahu kenapa orang tak takut nak bunuh diri. Dulu kalau orang bunuh diri, mesti aku tertanya-tanya, diorang nie tak takut ke jumpa malaikat dalam kubur nanti ke?, dah banyak sangat ke amalan baik diorang kat dunia nie? Hahh bila kena kat batang hidung sendiri, baru aku tahu perasaan berkeseorangan bila ditimpa masalah. Tak habis-habis aku beristighfar bila mata nie tak dapat menahan air mata yang berderai membasahi pipi ini. Hati nie rasa macam kena toreh dengan sesuatu yang cukup tajam, yang hanya mampu ditafsirkan oleh diri ini. Jiwa ini.. Walau demikian, aku tetap bertahan menggunakan serungkap kata yang berbunyi "masa itu berlalu dan ia akan membawa semua ini pergi bersama". Kadang-kadang aku terpaksa lari. Aku ingat bila ada dengan family, semudah tu akan aku lupakan segala pahit perit yang sedang aku lalui. Tapi semua tu sementara je bila masa benda tu jadi berlipat ganda taktala akan hadapi dunia realiti balik. Baru aku sedar, takde gunanya aku lari. Benda tu tetap menghantui. Tenangkan jiwa. Ingat cita-cita. Apa tujuan sebenar aku datang sini. Apa yang aku nak. Apa dya??? Kau bukan mengharapkan sebuah persekitaran yang tenang. Kau bukan mengharap menemui sahabat atau jodoh. Bukan dya. Ingat, bila Allah bagi peluang dekat diri kau yang dah terumbang ambing satu ketika dulu, kau dah bertekad kan? Kau dah taknak ulang semua tu. Kau dah taknak susahkan hati mak kau. Kau nak berjaya. Kau nak duit. Kau nak balas jasa budi baik mak kau! Ingat!! Titisan air mata yang pertama menitis.. Lembutnya hati kau dya. Tak layak nak meneruskan semua nie. Ini baru sikit. Banyak lagi yang menanti dkt depan sana tu. Kita boleh merancang. Tapi dekat tengah jalan, banyak benda yang akan kita jumpa. Aku buntu. Buntu yang teramat. Tapi, seketika terasa bertuah diri ini kerana mempunyai sahabat. Walaupun tidak semua dikongsi bersama, namun melayan kerenahnya, gelak-tawanya, hati ini sedikit sebanyak diubat. Aku tak tahu lah. Manusia nie banyak sangat perangai pelik-pelik. Sangat banyak. Ada yang berkawan menggunakan ilmu, ada yang berkawan menggunakan harta, ada jugak yang berkawan menggunakan kata-kata. Kadang-kadang aku taktahu. Nak mempersalahkan atau dipersalahkan. Aku dah letih menitik perangai manusia. Perangai kawan yang bergelar kenalan mungkin. Kalau boleh, ingin segera diri ini beredar dari kemelut masalah yang menlanda. Memulakan hidup baru, meninggalkan semua ini dibelakang tanpa perlu dibebani dosa. Bahagia nya hidup ini kalau semuanya seperti yang tertulis didalam novel. Keindahan abadi. Hahh. Tapi itu pun hanyalah imaginasi penulis karya sahaja. Okay bye.

Monday, June 24, 2013

Kekecewaan ~

Tak tau mcm mn nk mula . Got my exam result today . Kinda shock . Menitis air mata menyesal . Kaki dah tak rasa bila kulit menjejak lantai . Walaupun aku tak repeat , tapi pointer aku drop gila . Aku taktau nk ckp mcm mn kat mak . Then i'd decided balik SI soon as possible , but my mom was not allowed . Mak ckp "hishh merepek apa balik awal2 , mak tak masak lg ikan siakap utk family" , terkelu lidah aku masa tu . Mak nak masak besar utk family . Tak kan aku nk bgtau mak pasal pointer aku time semua ada kat rumah ? Nak mati kena bahan dgn kakak2 tersayang ? -,- Ntah lah . Aku tetap kena bgtau . Takyah bgtau GPA takpe kan . Huhhh . Setiap sem aku menyesal . Tapi knp diri nie tak pernah nak ada ksedaran . Aku penat kecewa . Bukan kecewa sebab orang lain . Tapi kecewa dgn diri sendiri . Aku takde kekuatan nak capai matlamat aku sendiri . Arghh tolong lah . Aku hilang arah tujuan . Aku serabut dgn semua nie . Kesedaran aku datang bila aku takde siapa2 je . Then what should i do ? Tak kan aku nak buang semua kawan2 aku . No . Selfish nya.. Aku taknak diorang sakit . 11:00PM . Mata aku makin kabur stiap hari . Rabun . Bukan mata je , hati pun sama . Hitam . Aku cuba tapi aku cuai . Aku pakai otak tapi tak pakai akal . Aku tak bsyukur . Aku manusia yang khilaf . Aku brhajat nak bhijab bila usia aku mencecah 20an . Aku harap aku tak tinggal solat . Lebih sabar . Lebih redha . Banyak kekurangan sampai menyakiti . Kadang2 aku tak terkawal . Aku lalai dgn dunia . Aku tau aku selalu ulang benda nie . Tapi aku betul2 perlukan masa . Masa yang banyak . Tapi masa semakin suntuk . Im running of time . Manusia mmg menari atas putaran masa . Menikmati hidup yang memakan diri sendiri . Take a deep breath ...... Who knows what was waiting for us tmorrow . Buat masa sekarang , aku hanya hanyutkan diri aku dalam gelora ombak duniawi .. Aku taktau ... Sampai lah aku jumpa pesisir yang mampu mengubah segalanya ..

Wednesday, May 22, 2013

Semalam ~

hi kawan . kau sihat ke ? aku rindu kau sebenarnya . tapi aku tak tau knp aku taknak jumpa kau . aku taknak menghidupkan kenangan semalam . aku nak teruskan hidup aku sekarang nie . hidup aku ... yang kau pastinya bukan sebahagian daripada wataknya . aku rindu kau . sumpah . aku tengok gambar-gambar kau kat facebook , menghidupkan balik kenangan kita . rindu nya aku . aku ada kau je masa tu . tapi sekarang , masing-masing dah ada kehidupan sendiri . aku taktau kenapa aku macam nie . aku taknak kau balik dalam hidup aku ... aku taknak jumpa kau .. aku taknak tau pasal kau .. kenapa .. aku macam nie . aku pun tak tahu . maafkan aku sahabat ... mungkin aku yang terlalu mementingkan diri sehingga mengorbankan kau .. bila aku tgk gambar kau hidup bahagia sekarang .. aku tersenyum .. aku rasa nak peluk kau ... sebak dada nie tgk senyuman kau . walaupun hanya sekadar dimukabuku ... hahh bodohnya aku . sedih diatas khilaf sendiri ... bukan pilihan kau pun . semua berpunca dari aku . aku takut .. hilang kau .. knp aku terlalu tamak . knp aku macam nie . ya allah ,,,, diri ini telah jauh menyimpang . hitamnya hati ini sehitam arang . diri ini berdosa membuat nya seperti itu . tapi aku tidak tahu puncanya . berikanlah aku petunjuk ya allah ... sesungguhnya aku terlalu takut menghidupkan kenangan lama ... ia membuat aku mengingati kisah silam aku . kisah bodoh aku . kisah jahiliah aku . aku benci . walaupun mereka yang menolong ku bangkit kembali . kacang lupakan kulit . ya , sesuai dgn keadaan aku . seorang pergi meninggalkan kami . namun aku tidak datang menghampiri ... aku terlalu alpa dgn permainan jiwa . tanpa disedari, suatu hari nanti aku juga akan kembali .. menangislah aku sendiri ketika tiada siapa yang ingin menghampiri ..... astaghfirullahalazim ....

Sunday, April 14, 2013

Keperitan ~

Hidup kembali sepi . Setelah ego menguasai diri, si jejaka pun berlalu pergi. Tidak . Aku tidak salahkan dia . Memang salah diri ini terlalu memaksa . Aku cuba . Cuba meneruskan apa yang ada dengan tiadanya dia . Walaupun hati ini terasa perit merindukannya . Aku percaya .. Di suatu sudut dunia, pasti akan ada yang istimewa . Menunggu penuh setia . Tidak perlu aku terkontang-kanting mencarinya . Hanya masa menjadi taruhan jiwa . Sesungguhnya YANG MAHA BESAR itu menciptakan adam dan hawa berpasangan hendaknya . Dan rugi lah kepada sesiapa yang tidak mempercayainya .
       Cepat nya waktu BERLARI , tanpa disedari , dua semesta sudah ingin aku tinggalkan . Terasa diri ini masih dibangku sekolah , taktala hidup tiada komitmen terhadap apa-apa. Disaat hidup ini semua bukan diatas kaki sendiri . Masyallah . Begitu ringan nya kehidupan ketika itu . Ketawa tanpa mengenal erti derita . Ketawa yang bukan untuk menyedapkan perasaan sendiri . Ya Allah, jika diberi pilihan, aku tidak mahu meredah masa ini. Jika diberi pilihan, aku ingin tersenyum setiap masa . Menikmati keindahan ciptaan mu setiap detik . Membuat hati ku terpesona . Kini , aku tidak bergantung kepada sesiapa lagi . Aku tidak memberikan jiwaku kepada sesiapa lagi . Aku ingin mengejar cita-cita dahulu meskipun berat memikul . Aku harus . Terus menari diatas putaran bumi ini . Aku percaya ada hikmah disebalik semua ini .
      

Tuesday, January 22, 2013

Kesetiaan ~

Disaat diri ini mencari ruang untuk menyendiri , hadirnya seorang insan yang yang setia menemani . Sayu hati ini melihat takdir diri sendiri . Dikala hati bergenang lara , mata pula tak henti menjatuhkan air mata , dia datang membawa cahaya . Aku dan dia . Berasal daripada latar belakang yang sangat berbeza . Tetapi apabila dengan nya , setiap nafas yang ku hela , aku merasakan seolah-olah ada sebuah jambatan yang sangat kukuh akarnya diantara kita . Hati ini terasa serasi taktala jiwa ini bergelodak duka . Mungkinkah dia sahabat yang ku cari selama ini . Ingkar hati ini untuk mengucapkannya . Namun dibenak sanubari , aku semakin suka mendampinginya ....