Hidup kembali sepi . Setelah ego menguasai diri, si jejaka pun berlalu pergi. Tidak . Aku tidak salahkan dia . Memang salah diri ini terlalu memaksa . Aku cuba . Cuba meneruskan apa yang ada dengan tiadanya dia . Walaupun hati ini terasa perit merindukannya . Aku percaya .. Di suatu sudut dunia, pasti akan ada yang istimewa . Menunggu penuh setia . Tidak perlu aku terkontang-kanting mencarinya . Hanya masa menjadi taruhan jiwa . Sesungguhnya YANG MAHA BESAR itu menciptakan adam dan hawa berpasangan hendaknya . Dan rugi lah kepada sesiapa yang tidak mempercayainya .
Cepat nya waktu BERLARI , tanpa disedari , dua semesta sudah ingin aku tinggalkan . Terasa diri ini masih dibangku sekolah , taktala hidup tiada komitmen terhadap apa-apa. Disaat hidup ini semua bukan diatas kaki sendiri . Masyallah . Begitu ringan nya kehidupan ketika itu . Ketawa tanpa mengenal erti derita . Ketawa yang bukan untuk menyedapkan perasaan sendiri . Ya Allah, jika diberi pilihan, aku tidak mahu meredah masa ini. Jika diberi pilihan, aku ingin tersenyum setiap masa . Menikmati keindahan ciptaan mu setiap detik . Membuat hati ku terpesona . Kini , aku tidak bergantung kepada sesiapa lagi . Aku tidak memberikan jiwaku kepada sesiapa lagi . Aku ingin mengejar cita-cita dahulu meskipun berat memikul . Aku harus . Terus menari diatas putaran bumi ini . Aku percaya ada hikmah disebalik semua ini .
No comments:
Post a Comment