Thursday, November 14, 2013
Cebisan~
Fuhhhh fuhhhhhhhhhhh ~ berhabuk blog nie. Dah lama sangat aku tak bukak. Almaklumlah, sibuk dengan usaha untuk mendapatkan segulung diploma. Hehehehe. Haihhh, tengok baru mula nak menaip dah mengeluh. 14 November 2013, aku sedang mengambil paper final untuk sem nie, sem 3. Baru 3 paper habis. Dulu aku selalu tertanya-tanya apa benda yang akan jadi masa sem 3 nie. Yess dya, now kau dah nak habis sem 3, macam-macam dah jadi kan? Sedih, kecewa, marah, kosong. Ahhaa. Kadang-kadang tak tahan dengan pressure hidup nie. Tapi tetap beristighfar... Aku pasti yang maha esa ada jalan nya untuk aku tujui. Sekarang aku dah tahu kenapa orang tak takut nak bunuh diri. Dulu kalau orang bunuh diri, mesti aku tertanya-tanya, diorang nie tak takut ke jumpa malaikat dalam kubur nanti ke?, dah banyak sangat ke amalan baik diorang kat dunia nie? Hahh bila kena kat batang hidung sendiri, baru aku tahu perasaan berkeseorangan bila ditimpa masalah. Tak habis-habis aku beristighfar bila mata nie tak dapat menahan air mata yang berderai membasahi pipi ini. Hati nie rasa macam kena toreh dengan sesuatu yang cukup tajam, yang hanya mampu ditafsirkan oleh diri ini. Jiwa ini.. Walau demikian, aku tetap bertahan menggunakan serungkap kata yang berbunyi "masa itu berlalu dan ia akan membawa semua ini pergi bersama". Kadang-kadang aku terpaksa lari. Aku ingat bila ada dengan family, semudah tu akan aku lupakan segala pahit perit yang sedang aku lalui. Tapi semua tu sementara je bila masa benda tu jadi berlipat ganda taktala akan hadapi dunia realiti balik. Baru aku sedar, takde gunanya aku lari. Benda tu tetap menghantui. Tenangkan jiwa. Ingat cita-cita. Apa tujuan sebenar aku datang sini. Apa yang aku nak. Apa dya??? Kau bukan mengharapkan sebuah persekitaran yang tenang. Kau bukan mengharap menemui sahabat atau jodoh. Bukan dya. Ingat, bila Allah bagi peluang dekat diri kau yang dah terumbang ambing satu ketika dulu, kau dah bertekad kan? Kau dah taknak ulang semua tu. Kau dah taknak susahkan hati mak kau. Kau nak berjaya. Kau nak duit. Kau nak balas jasa budi baik mak kau! Ingat!! Titisan air mata yang pertama menitis.. Lembutnya hati kau dya. Tak layak nak meneruskan semua nie. Ini baru sikit. Banyak lagi yang menanti dkt depan sana tu. Kita boleh merancang. Tapi dekat tengah jalan, banyak benda yang akan kita jumpa. Aku buntu. Buntu yang teramat. Tapi, seketika terasa bertuah diri ini kerana mempunyai sahabat. Walaupun tidak semua dikongsi bersama, namun melayan kerenahnya, gelak-tawanya, hati ini sedikit sebanyak diubat. Aku tak tahu lah. Manusia nie banyak sangat perangai pelik-pelik. Sangat banyak. Ada yang berkawan menggunakan ilmu, ada yang berkawan menggunakan harta, ada jugak yang berkawan menggunakan kata-kata. Kadang-kadang aku taktahu. Nak mempersalahkan atau dipersalahkan. Aku dah letih menitik perangai manusia. Perangai kawan yang bergelar kenalan mungkin. Kalau boleh, ingin segera diri ini beredar dari kemelut masalah yang menlanda. Memulakan hidup baru, meninggalkan semua ini dibelakang tanpa perlu dibebani dosa. Bahagia nya hidup ini kalau semuanya seperti yang tertulis didalam novel. Keindahan abadi. Hahh. Tapi itu pun hanyalah imaginasi penulis karya sahaja. Okay bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment